Saturday, 18 February 2012
kesan dan keburukan memakai pakaian dalam semasa tidur .
Melepaskan pakaian dalam’ bukan bermaksud perlu tidur bogel, tidak, ia satu tindakan sangat bahaya, jika kena gigit lipan atau nyamuk di tempat sensitif tu pasti anda bangun pagi dibuai mimpi ngeri 2-3 hari. ‘Melepaskan pakaian dalam’ bermaksud tak perlu pakai seluar dalam, baju dalam dan apa-apa lagi yang sewaktu dengannya. Jadi anda boleh pakai pakaian tidur atau pakai kain pelikat/kain batik, tanpa pakaian dalam.
Ketika tidur tubuh mengalami pembaikan dan detoksifikasi (pengeluaran racun dari tubuh). Tidur juga memberi kesempatan bagi sistem kekebalan tubuh untuk memproduksi hormon-hormon imunitinya.
Jika tidur dengan mengenakan pakaian dalam, proses pembaikan dan pengeluaran racun dari tubuh akan tersekat. Jadi andalah yang rugi.
Oleh kerana itu, sebaiknya ketika tidur anda dianjurkan untuk menggunakan pakaian yang longgar atau lepaskan pakaian dalam korang ketika tidur, sehingga dapat mempercepat dan memperlancar kerja tubuh dalam proses pembaikan dan pengeluaran racun.
Bagi wanita, sebaiknya tidak menggunakan bra saat tidur. Penyelidik Sydney Singer dan isterinya Soma Grismaijer pada tahun 1991 pernah menulis dalam bukunya ‘Dressed To Kill: The Link Between Breast Cancer and Bras’, menasihatkan wanita yang ingin menghindari kanser payudara harus memakai bra dalam waktu sesingkat mungkin dan sebaiknya kurang dari 12 jam sehari.
Dan ketika tidur yang biasanya antara 6-8 jam itu, sila hindari dari memakai bra, ia sangat bahaya untuk wanita kerana ia boleh menyebabkan kanser payudara.
“Waktu yang paling tepat untuk merehatkan payudara adalah tanpa memakai bra ketika tidur. Jangan tidur dengan bra,” kata Sydney Singer, seperti yang tersiar dalam chetday pada 9/3/2011.
Menurut Sydney Singer, menggunakan bra terlalu lama dapat meningkatkan suhu jaringan payudara dan wanita yang memakai bra memiliki kadar hormon prolaktin (hormon yang berfungsi merangsang kelenjar air susu) yang lebih tinggi. Kedua hal ini dapat mempengaruhi pembentukan kanser payudara.
Selain itu, terlalu kerap menggunakan bra atau menggunakan bra terlalu ketat juga membahayakan kesihatan kerana boleh membatasi aliran darah ke payudara.
Sedangkan bagi lelaki, mengikut Grismaijer, sebaiknya gunakan seluar dalam yang longgar atau jangan pakai seluar dalam langsung ketika tidur. Ini untuk memberi kesempatan bagi testis (buah zakar) menurunkan suhunya dan menjaga kualiti sperma agar tetap baik.
Mengikut kajian itu, alat reproduksi lelaki berada di luar tubuh dan dengan itu ia sangat dipengaruhi oleh keadaan di sekitar dan pakaian yang digunakan seseorang. Jika lelaki menggunakan seluar ketat atau seluar dalam terlalu lama akan menyebabkan suhu di sekitar alat reproduksinya meningkat dan tentunya akan mempengaruhi produksi sperma yang boleh menyebabkan lelaki itu mandul.
Testis tidak dapat berfungsi dengan baik kecuali suhunya lebih sejuk dari bahagian tubuh lainnya. Jika suhu testis dinaikkan hingga 98 darjah F (36.67 darjah C), akan menyebabkan sperma terhenti pengeluarannya! Apa guna menjadi lelaki hebat tanpa sperma, tanpa zuriat untuk diwariskan?
Selain itu, tidur tanpa mengenakan pakaian dalam akan melancarkan sistem pusingan udara dalam tubuh. Sebaliknya tidur dengan mengenakan pakaian dalam dapat membatasi aliran udara di kulit dan mengganggu pengeluaran peluh, terutama di bagian intim baik pada wanita maupun lelaki.
taktik baru perogol ! AWAS !
![]() |
| Gambar sebagai hiasan |
Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian “mencuci” mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk “mencuci” haiwan besar.
Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol, sebagai dadah “Dating” dan rogol.
Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.
Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan “mencuci” agar simangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian.
Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa.
Prodesterex asalnya adalah untuk memandulkan kuda.
Mana-mana wanita yang mengambilnya TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA.
Si durjana boleh memperolehi dadah ini boleh mendapatkan dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.
Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama teman wanita dan gadis remaja.
Berwaspada apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda percayai.
jual buah pinggang demi iPad 2
Disebabkan terdesak mahu memiliki sebuah iPad 2, budak remaja China ini sanggup menjual buah pinggang sendiri dengan harga £2,000.
Remaja 17 tahun yang hanya dikenali sebagai Zheng itu telah mengaku di depan ibunya bahawa dia telah menjual buah pinggangnya sendiri selepas melihat satu iklan di internet yang menawarkan wang tunai kepada sesiapa yang mahu mendermakan organ mereka.
"Saya mahu membeli sebuah iPad 2 tapi saya tidak mempunyai wang" kata Zheng kepada Shenzen TV di Guadong, China. Katanya lagi, "semasa saya melayari internet, saya melihat satu iklan yang mengatakan bahawa mereka akan membayar RMB20,000 untuk satu buah pinggang". Selepas berunding dengan agen, Zheng kemudiannya pergi ke Chenzhou di Wilayah Hunan untuk mengeluarkan buah pinggangnya. Zheng dikeluarkan dari hospital selepas tiga hari dan dibayar seperti yang dijanjikan.
Pemerdagangan organ secara online adalah lumrah di China walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk membanteras kegiatan tersebut.
Menurut statistik, terdapat lebih daripada sejuta rakyat di China yang memerlukan pemindahan organ setiap tahun tetapi hanya sekitar 10,000 sahaja yang menerima penderma organ. Hal ini membawa kepada pemerdagangan organ secara berleluasa di China.
Ibu Zheng, Miss Liu, kemudiannya memberi respon, "apabila dia (Zheng) pulang, dia mempunyai sebuah laptop dan set Apple baru". "Saya ingin mengetahui di mana dia mendapat wang dan kemudiannya dia mengaku" tambah Miss Liu sambil menunjukkan kesan pembedahan di badan Zheng.
China memang sebuah negara yang dianggap masyarakat dunia sebagai 'materialistic' dan negara 'capitalist' baru.
kereta kebal dari kotak bungkusan telur ayam
Seorang lelaki di London telah berjaya membina sebual kereta kebal dari kotak bungkusan telur,bentuknya juga seakan-akan kereta kebal yang sebenar.
tank atau kereta kebal dari kotak telur ini diberi nama The Challenger II dicipta dari 5.016 bungkusan telur,memerlukan 26 liter gam dan memerlukan waktu sebanyak 512 jam untuk menyiapkan sebuah kereta kebal tersebut..
kereta kebal sepanjang 10 meter ini dicipta bersempena dengan satu perayaan membaling telur..perayaan ini dirayakan untuk memberi penghormatan kepada pahlawan-pahlawan perang.
cara mencuci kemaluan dengan betul
Istinjak adalah membersihkan apa-apa yang telah keluar dari suatu jalan (di antara dua jalan: qubul atau dubur) dengan menggunakan air atau dengan batu atau yang sejenisnya (benda yang bersih dan suci). - Yayasan Al-Hanif
Dalam bahasa tempatan lebih popular dengan istilah "basuh kencing" atau "basuh berak". Jadi, bagaimana caranya membersihkan kemaluan dengan betul?
Lelaki:
Selepas membuang air kecil, disunatkan berdehem 2 atau 3 kali supaya air kencing betul-betul sudah habis keluar. Selepas itu, urutlah kemaluan dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sebersihnya.
Wanita:
Apabila membasuh kemaluan, pastikan dicuci bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja, ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.
Kenapa penting untuk membersihkan kemaluan kita dengan betul?
Ramai orang merasakan diri mereka cukup bagus dengan banyak amal ibadah, bersedekah dan lain lain, tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.
Saidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan mayat seorang lelaki tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu. Lalu disuruh orang membukakannya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu.
Saidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya. Tetapi ular itu tiba-tiba berkata-kata. Katanya "Apakah salahku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan?" Setelah diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil.
Betul atau tidak cara kita selama ini? Kalau tak betul, jom sama-sama betulkan supaya diri kita bersih dan suci.
Subscribe to:
Posts (Atom)




