Saturday, 18 February 2012

kesan dan keburukan memakai pakaian dalam semasa tidur .


Melepaskan pakaian dalam’ bukan bermaksud perlu tidur bogel, tidak, ia satu tindakan sangat bahaya, jika kena gigit lipan atau nyamuk di tempat sensitif tu pasti anda bangun pagi dibuai mimpi ngeri 2-3 hari. ‘Melepaskan pakaian dalam’ bermaksud tak perlu pakai seluar dalam, baju dalam dan apa-apa lagi yang sewaktu dengannya. Jadi anda boleh pakai pakaian tidur atau pakai kain pelikat/kain batik, tanpa pakaian dalam.
Ketika tidur tubuh mengalami pembaikan dan detoksifikasi (pengeluaran racun dari tubuh). Tidur juga memberi kesempatan bagi sistem kekebalan tubuh untuk memproduksi hormon-hormon imunitinya.

Jika tidur dengan mengenakan pakaian dalam, proses pembaikan dan pengeluaran racun dari tubuh akan tersekat. Jadi andalah yang rugi.

Oleh kerana itu, sebaiknya ketika tidur anda dianjurkan untuk menggunakan pakaian yang longgar atau lepaskan pakaian dalam korang ketika tidur, sehingga dapat mempercepat dan memperlancar kerja tubuh dalam proses pembaikan dan pengeluaran racun.

Bagi wanita, sebaiknya tidak menggunakan bra saat tidur. Penyelidik Sydney Singer dan isterinya Soma Grismaijer pada tahun 1991 pernah menulis dalam bukunya ‘Dressed To Kill: The Link Between Breast Cancer and Bras’, menasihatkan wanita yang ingin menghindari kanser payudara harus memakai bra dalam waktu sesingkat mungkin dan sebaiknya kurang dari 12 jam sehari.

Dan ketika tidur yang biasanya antara 6-8 jam itu, sila hindari dari memakai bra, ia sangat bahaya untuk wanita kerana ia boleh menyebabkan kanser payudara.

“Waktu yang paling tepat untuk merehatkan payudara adalah tanpa memakai bra ketika tidur. Jangan tidur dengan bra,” kata Sydney Singer, seperti yang tersiar dalam chetday pada 9/3/2011.

Menurut Sydney Singer, menggunakan bra terlalu lama dapat meningkatkan suhu jaringan payudara dan wanita yang memakai bra memiliki kadar hormon prolaktin (hormon yang berfungsi merangsang kelenjar air susu) yang lebih tinggi. Kedua hal ini dapat mempengaruhi pembentukan kanser payudara.

Selain itu, terlalu kerap menggunakan bra atau menggunakan bra terlalu ketat juga membahayakan kesihatan kerana boleh membatasi aliran darah ke payudara.

Sedangkan bagi lelaki, mengikut Grismaijer, sebaiknya gunakan seluar dalam yang longgar atau jangan pakai seluar dalam langsung ketika tidur. Ini untuk memberi kesempatan bagi testis (buah zakar) menurunkan suhunya dan menjaga kualiti sperma agar tetap baik.

Mengikut kajian itu, alat reproduksi lelaki berada di luar tubuh dan dengan itu ia sangat dipengaruhi oleh keadaan di sekitar dan pakaian yang digunakan seseorang. Jika lelaki menggunakan seluar ketat atau seluar dalam terlalu lama akan menyebabkan suhu di sekitar alat reproduksinya meningkat dan tentunya akan mempengaruhi produksi sperma yang boleh menyebabkan lelaki itu mandul.

Testis tidak dapat berfungsi dengan baik kecuali suhunya lebih sejuk dari bahagian tubuh lainnya. Jika suhu testis dinaikkan hingga 98 darjah F (36.67 darjah C), akan menyebabkan sperma terhenti pengeluarannya! Apa guna menjadi lelaki hebat tanpa sperma, tanpa zuriat untuk diwariskan?

Selain itu, tidur tanpa mengenakan pakaian dalam akan melancarkan sistem pusingan udara dalam tubuh. Sebaliknya tidur dengan mengenakan pakaian dalam dapat membatasi aliran udara di kulit dan mengganggu pengeluaran peluh, terutama di bagian intim baik pada wanita maupun lelaki.

taktik baru perogol ! AWAS !


Gambar sebagai hiasan
Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan.Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil “mencuci” yang kecil.

Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian “mencuci” mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk “mencuci” haiwan besar.
Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol, sebagai dadah “Dating” dan rogol.

Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.
Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan “mencuci” agar simangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian.

Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa.
Prodesterex asalnya adalah untuk memandulkan kuda.

Mana-mana wanita yang mengambilnya TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA.
Si durjana boleh memperolehi dadah ini boleh mendapatkan dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.

Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama teman wanita dan gadis remaja.
Berwaspada apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda percayai.

jual buah pinggang demi iPad 2


Disebabkan terdesak mahu memiliki sebuah iPad 2, budak remaja China ini sanggup menjual buah pinggang sendiri dengan harga £2,000.

Remaja 17 tahun yang hanya dikenali sebagai Zheng itu telah mengaku di depan ibunya bahawa dia telah menjual buah pinggangnya sendiri selepas melihat satu iklan di internet yang menawarkan wang tunai kepada sesiapa yang mahu mendermakan organ mereka.

"Saya mahu membeli sebuah iPad 2 tapi saya tidak mempunyai wang" kata Zheng kepada Shenzen TV di Guadong, China. Katanya lagi, "semasa saya melayari internet, saya melihat satu iklan yang mengatakan bahawa mereka akan membayar RMB20,000 untuk satu buah pinggang". Selepas berunding dengan agen, Zheng kemudiannya pergi ke Chenzhou di Wilayah Hunan untuk mengeluarkan buah pinggangnya. Zheng dikeluarkan dari hospital selepas tiga hari dan dibayar seperti yang dijanjikan.

Pemerdagangan organ secara online adalah lumrah di China walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk membanteras kegiatan tersebut.

Menurut statistik, terdapat lebih daripada sejuta rakyat di China yang memerlukan pemindahan organ setiap tahun tetapi hanya sekitar 10,000 sahaja yang menerima penderma organ. Hal ini membawa kepada pemerdagangan organ secara berleluasa di China.

Ibu Zheng, Miss Liu, kemudiannya memberi respon, "apabila dia (Zheng) pulang, dia mempunyai sebuah laptop dan set Apple baru". "Saya ingin mengetahui di mana dia mendapat wang dan kemudiannya dia mengaku" tambah Miss Liu sambil menunjukkan kesan pembedahan di badan Zheng.

China memang sebuah negara yang dianggap masyarakat dunia sebagai 'materialistic' dan negara 'capitalist' baru.

kereta kebal dari kotak bungkusan telur ayam


Seorang lelaki di London telah berjaya membina sebual kereta kebal dari kotak bungkusan telur,bentuknya juga seakan-akan kereta kebal yang sebenar.

tank atau kereta kebal dari kotak telur ini diberi nama The Challenger II dicipta dari 5.016 bungkusan telur,memerlukan 26 liter gam dan memerlukan waktu sebanyak 512 jam untuk menyiapkan sebuah kereta kebal tersebut..

kereta kebal sepanjang 10 meter ini dicipta bersempena dengan satu perayaan membaling telur..perayaan ini dirayakan untuk memberi penghormatan kepada pahlawan-pahlawan perang.

cara mencuci kemaluan dengan betul


Istinjak adalah membersihkan apa-apa yang telah keluar dari suatu jalan (di antara dua jalan: qubul atau dubur) dengan menggunakan air atau dengan batu atau yang sejenisnya (benda yang bersih dan suci). - Yayasan Al-Hanif

Dalam bahasa tempatan lebih popular dengan istilah "basuh kencing" atau "basuh berak". Jadi, bagaimana caranya membersihkan kemaluan dengan betul?

Lelaki:
Selepas membuang air kecil, disunatkan berdehem 2 atau 3 kali supaya air kencing betul-betul sudah habis keluar. Selepas itu, urutlah kemaluan dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sebersihnya.

Wanita:
Apabila membasuh kemaluan, pastikan dicuci bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja, ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

Kenapa penting untuk membersihkan kemaluan kita dengan betul?
Ramai orang merasakan diri mereka cukup bagus dengan banyak amal ibadah, bersedekah dan lain lain, tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.

Saidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan mayat seorang lelaki tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu. Lalu disuruh orang membukakannya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu.

Saidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya. Tetapi ular itu tiba-tiba berkata-kata. Katanya "Apakah salahku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan?" Setelah diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil.

Betul atau tidak cara kita selama ini? Kalau tak betul, jom sama-sama betulkan supaya diri kita bersih dan suci.

Wednesday, 25 January 2012

dimanakah cantiknya seorang wanita ? ? ?

Dimana cantiknya wanita????


Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.

Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.

Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.


Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan.

Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.

Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.

Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.


ADAKAH KITA  INGIN LEBIH CANTIK & MENARIK???...

1) Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

2) Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

3) Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

4) Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

5) Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.

6) Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.

7) Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."

8) Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."

ribut solar akan melanda bumi 2012



Gambar Ribut Solar 2012

GAMBAR yang dirakamkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan pada 22 Januari lalu menunjukkan nyalaan solar di Hemisfera Utara di matahari.
WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) – Beberapa pegawai cuaca angkasa lepas menyatakan ribut solar paling kuat dalam tempoh lebih enam tahun akan mengenai Bumi dengan pancaran radiasi akan berlaku.
Sebelum ini, radiasi ribut solar cuma mengganggu satelit dan mendatangkan masalah kepada angkasawan di angkasa lepas. Namun, ia juga boleh menyebabkan gangguan komunikasi pada pesawat yang berada di udara.
Pusat Ramalan Cuaca Angkasa Lepas di negeri Colorado dalam satu kenyataan mengesahkan ribut itu berlaku pada pukul 11 malam (waktu AS) Ahad lalu.
Ahli fizik AS, Doug Biesecker berkata, perkara paling membimbangkan mengenai ribut solar adalah radiasi yang dilepas. Pancaran itu ,katanya, tiba di Bumi sejam kemudian. Hentaman radiasi itu dijangka berlarutan sehingga hari ini.
Menurut Biesecker, tahap radiasi kali ini dianggap kuat tetapi radiasi lebih dahsyat pernah dikeluarkan beberapa ribut solar sebelum ini. Radiasi kali ini adalah yang paling kuat sejak ribut solar pada Mei 2005. Plasma yang keluar dari matahari ekoran ribut solar berkenaan pula tiba di Bumi semalam. Ia dijangka menyebabkan gangguan pada grid elektrik di Bumi. – Agensi Kosmo

kuasa ALLAH ..air ,membelah jalan raya

Subhanallah! Kuasa Air Sungai Membelah Jalanraya. Air merupakan anugerah Allah yang tak terhingga kepada umat manusia yang hidup di muka bumi. Tanpa air, kehidupan tidak dapat dijalankan. Bayangkan sahaja planet Marikh dan lain-lain, kerana tiadanya sumber air, kehidupan di planet-planet tersebut ternyata sangat mustahil. Bagi kebanyakkan orang, air tampak kurang berbahaya dan mempunyai fizikal yang agak lemah jika dibandingkan dengan api. Tapi ketahuilah bahaya air sebenarnya mempunyai kuasa yang terpendam. Tragedi tsunami di Indonesia dan Jepun menjadi saksi tentang kehebatan kuasa air.

Di bawah merupakan satu lagi kejadian pelik tentang kehebatan air yang dapat membelah sebuah jalanraya dengan mudah sekali. Mari kita saksikan!

perempuan pun nak isap rokok ..isyy3


Air mata bukan satu perkara yang jarang aku linangkan. Boleh jadi kalau lapar pun aku menangis. Tapi tidak sama dengan apa yang aku lakukan, fikirkan hari ini. Adakala, kita sebagai manusia biasa mengambil keputusan untuk melakukan perkara yang bodoh hanya kerana tekanan yang sebenarnya boleh diatasi dengan baik.

Tidak perlulah aku ceritakan apa yang aku buat hari ini. Tapi kalau korang terbaca tajuk entri ini, mesti tahu. Aku bersyukur kerana rokok dan aku tidak serasi sama sekali.

Santiknya pompuan nih!

Uishh, apa tu kat tangan diaaa?
Rokok naa.
Apa pii buat lagu tu?
Banyak soalan hang naaaa.

Aku ada saja kawan-kawan perempuan yang merokok. Tak pernah pun aku rasa apa yang mereka lakukan itu ganjil atau dilarang sama sekali dilakukan walhal orang lelaki sibuk kepul-kepul sana sini. Cuma merokok itu nafsu, sama seperti perbuatan buruk yang lain, seperti minum arak, berzina ataupun tidak menutup aurat. Sama ada lelaki atau perempuan, hukumnya tetap sama. (Jadi janganlah sibuk kutuk perempuan merokok, kalau hang pun merokok.)

Sebab aku dah cuba hisap rokok hari ini aku nak buat review.

Apa aku rasa:
  1. Mula-mula hisap rasa macam main asap je (ok, aku tak tahu macam mana nak hisap).
  2. Rasa seronok pulak lama-lama main asap. (cuba buat bentuk O!)
  3. Rasa macam relax sikit (Ni sah-saj nikotin).
  4. Jantung rasa  at ease. Macam semua benda dalam kepala yang sedang laju tu, dapat diperlahankan. (Aku nervous je takut jantung berenti. haaaa, such an amature).
  5. Lepas dah lama-lama tu, hisap lagi sebatang. (Tak puas hati apesal tak tahu lagi kenapa orang suka hisap).
  6. 15 minit kemudian.... ... .. Pening kepala, tarik nafas macam rasa tersekat sikit. (Apa korang fikir?) 

Tengok. Menyesal aku hisap. Itulah lain kali kalau ada masalah, janganlah cuba-cuba nak rosakkan diri ke apa ke, walau besar mana pun masalah yang timbul. (Pandai aku lecture).

Jadi nasihat aku, janganlah hisap rokok. Taubat nasuha lah lepas ni aku woi. Semata-mata nak buat review, aku hisap rokok ni. (Sebenarnya aku emo, jadi aku self destruct diri aku sekejap).

Ha, meh sini tengok kandungan bahan kimia dalam sepuntung rokok.

Uihhh, Cikgu Chemistry mesti tahu ni.

Haaa, ni tengok pula apa boleh jadi dekat tubuh badan korang.

"Atuk den dah 60 tahun isap rokok ni ha, tak mati mati den tengok". (Atuk kau isap rokok daun dol).

Jadi, tak perlulah ya hisap rokok ni. Bukan dapat apa-apa faedah pun. Keseronokan sementara yang sementara sangat. Duit habis, badan pun sakit. Apedaaa.

Ingatlah orang yang tersayang.

Tuesday, 17 January 2012

misteri suara tangisan dari kubur



KUBUR Desi Tri menjadi tumpuan ramai di Prumpung, Jatinegara, Jakarta Timur.

JAKARTA - Penduduk di Prumpung, Jatinegara, Jakarta Timur mengerumuni sebuah kubur yang dikatakan mengeluarkan suara seperti orang menangis, lapor akhbar dalam talian Tribunnews.com semalam.

Kubur itu yang menempatkan jenazah seorang remaja perempuan di Prumpung, Desi Tri yang berusia 15 tahun itu menjadi tumpuan orang ramai sejak pagi semalam.

Desi meninggal dunia pada 18 Februari lalu kerana sejenis penyakit.

Menurut seorang jirannya, Bony, 38, dia turut mendengar cerita bahawa Desi didapati masih hidup semasa solat jenazah.

Bagaimanapun, seorang wakil ketua kampung, Bambang berkata, dia tidak mendengar suara tangisan dari dalam kubur tersebut.

Dia menjelaskan, jika kubur itu mahu digali semula, ia perlu mendapatkan persetujuan daripada keluarganya..

23 February 2011
Berita Harian

siapakah wanita yang muncul di perkahwinan William dan Kate

Hotel Goring di London, tempat menginap Kate Middleton dan keluarganya sehari sebelum pernikahan, kedatangan tamu wanita misterius. Wanita itu turun dari mobil mengenakan jaket dan topi berbulu tebal yang menutupi rambut maupun wajahnya.

Seperti dilansir The Telegraph, wanita itu bergegas masuk ke dalam hotel sambil terus menundukkan kepala. Tampaknya ia sengaja menyembunyikan identitinya dari kerumunan kru tv dan fotografer yang ramai di sekitar hotel.


Lantas, siapakah wanita misteri itu?

Banyak pihak meyakini bahwa ia adalah Sarah Burton dari rumah mode Alexander McQueen. Burton diduga kuat merupakan perancang busana pengantin Middleton. Aksesoris yang dikenakannya, semakin meyakinkan publik bahwa ia adalah Burton–orang kepercayaan perancang ternama dunia asal Inggris, almarhum Alexander McQueen, selama 12 tahun.

Wanita misterius itu terlihat mengenakan sabuk kulit bertaburan bahan mengkilat yang identik dengan sabuk favorit Burton, Direktur Kreatif Rumah Mode Alexander McQueen. Perancang kelahiran Manchester itu memang tidak terlalu sering dipotret. Namun ketika kebetulan ia difoto, sabuk itu selalu terlihat melingkari pinggangnya.

Burton disebut-sebut terpilih menangani gaun pengantin Middleton, karena sosoknya yang rendah hati. Ia juga memiliki penafsiran unik tentang makna elegan. Sarah menjabat sebagai direktur kreatif di rumah mode Alexander McQueen sejak wafatnya McQueen tahun 2010. Namun jauh sebelum kematian McQueen, Sarah telah menjadi tangan kanan desainer Inggris itu. Sarah bergabung dengan McQueen sejak tahun 1996.

Burton menarik perhatian Middleton ketika ia merancang gaun pengantin Sara Buys, jurnalis mode yang dinikahi Tom Parker Bowles, putra bangsawan Cornwall, pada tahun 2005. Burton juga yang merancang gaun Michelle Obama untuk sebuah makan malam kenegaraan tahun lalu. Ia juga pernah merancang gaun untuk selebritis seperti Cate Blanchett, Lady Gaga, dan Gywneth Paltrow.


[forum detik]

kaitan dajjal dengan bunyi pelik di Sarawak


Kaitan Dajjal dengan Bunyi Pelik di Sarawak

Assalamualaikum dan selamat hujung minggu!!




Kalau korang tinggal dekat Samarahan,Sarawak sana,sedar atau tidak pada 11-12 Januari lalu ada kedengaran bunyi pelik yang tidak tahu dari mana sumbernya...kalau korang tak dengar memang rugi la..haha..



Gambaran dajjal..wallhuallam..



Okay 1st saveq baca berita ni dari news Borneo Post Online..and then aku search lagi dekat google,saveq jumpa blog ni :http://titiknoktah85.blogspot.com/2012/01/bunyi-deruan-dr-langit-2-pagi.html

dia cerita complete pasal kejadian ni..siap dengan bukti-bukti dan video yang dirakam dari luar negara lagi..

Kununnya kejadian terawal yang terjadi berlaku di Rusia pada 19 May 1997..dikhabarkan bunyi lebih kuat dari ikan paus...

Adakah ini ada kaitan dengan kemunculan Dajjal dan kaum Yakjuj dan Makjuj seperti yang diperkatakan oleh blog di atas tadi..siapakah dajjal dan kaum yakjuj dan makjuj ni..
kalau korang nak tahu lebih lanjut korang klik ja link ni: kebenaran dajjall dan kisah yakjuj dan makjuj

Kesimpulannya.,kalau betul atau tidak pun bunyi tu bunyi dajjal nak keluar dari bumi ni,dan kaum yakjuj dan makjuj dan mulakan operasi dekat Bumi ni,sentiasalah kita beringat bahawa Allah pasti akan melindungi hambanya yang taat dan patuh kepada perintahNYA..

Tapi pernah dahulu ustaz yang mengajar Pendidikan Islam masa menengah atas dulu kata,Dajjal akan muncul di bahagian Asia Barat yakni di negara Arab sana..

Ala kita tak payah uruslah soal Dajjal ke yakjuj makjuj ke ni..yang pasti Imam Mahdi dan Nabi Isa akan turun juga sebelum sempat Dajjal menghancurkan kita semua..Apa yang penting hanya perkukuhkan iman dan takwa kepada Allah s.w.t.

Amalkan doa di bawah ini Insya Allah terpelihara dunia dan akhirat..Amin




alasan mengapa ada poket kecil di seluar jean


Alasan Kenapa Adanya Saku Kecil Pada Seluar Jeans


Pernah tidak terlintas kenapa seluar jeans selalu ada saku kecil di bahagian sebelah kanannya? Selintas saku kecil ini tak ada fungsinya selain hanya tempelan untuk menambah aksentuasi gaya pemakainya, atau mungkin ciri khas seluar jeans. Namun, dari saku imut-imut inilah sebenarnya boleh dibaca sejarah seluar yang dipopularkan oleh Levi Strauss tahun 1880 ini, lapan tahun selepas jeans masuk ke Amerika Syarikat (AS) tahun 1872.

Sebagai jenis tekstil, jeans pertama kali dibuat di Genoa, Itali tahun 1560 -an. Kain seluar ini biasa dipakai oleh angkatan laut. Orang Perancis menyebut seluar ini dengan sebutan "bleu de Genes", yang bererti biru Genoa. Meski tekstil ini pertama kali dihasilkan dan digunakan di Eropah, tetapi sebagai fashion, jeans dipopularkan di AS oleh Levi Strauss, seorang pemuda berusia dua puluh tahunan yang mengadu peruntungannya ke San Francisco sebagai peniaga pakaian. Ketika itu, AS sedang dilanda demam emas.

                                       Antara orang pertama memakai jeans

Akan tetapi, sampai di California semua barangnya habis terjual, kecuali sebuah khemah yang diperbuat dari kain kanvas. Kain kanvas ini dipotongnya dan dibuatnya menjadi beberapa seluar yang dijual pada para pekerja lombong emas. Dan ternyata para pekerja menyukainya kerana seluar buatan Strauss tahan lama dan tak mudah koyak.

Merasa mendapat peluang, Strauss menyempurnakan "penemuannya" dengan menempah bahan dari Genoa yang disebut "Genes", yang oleh Strauss diubah menjadi "Blue Jeans". Di sinilah para pelombong tambah menyukai seluar buatan Strauss dan "menobatkan" seluar itu sebagai seluar rasmi para pelombong . Para penambang emas itu menyebut seluar Strauss dengan "those pants of Levi` s "atau" Celana Si Levi ". Sebutan inilah yang memulakan tanda dagang pertama seluar jeans pertama di dunia. Naluri perniagaan Strauss yang tajam membuatnya mengajak usahawan berjaya Jakob Davis untuk bekerjasama, dan pada tahun 1880 kerja sama itu melahirkan kilang seluar jeans pertama.

                                   Jeans tertua di dunia masih ada sampai sekarang
menurut, "XX", jeans Levi's® ini dibuat pada 1879 dan disimpan di dalam suatu tempat yang tahan api di dalam Arsip Levi Strauss & Co di San Francisco. Hari ini, jeans itu harganya lebih dari $150,000


Dan produk reka bentuk mereka yang pertama adalah "Levi` s 501 ". Produk reka bentuk pertama memang dikhususkan bagi para pelombong emas. Seluar ini mempunyai 5 saku, 2 di belakang dan 2 di depan, dan 1 saku kecil dalam saku depan sebelah kanan.

  Kerana diperuntukkan bagi para pelombong, saku ini tentu bukan untuk bergaya-ria. Tetapi saku imut-imut ini direka untuk menyimpan butiran-butiran emas yang bersaiz kecil. Meski kini jeans dihasilkan dalam pelbagai tanda dan bukan hanya untuk para pelombong, tetapi saku imut-imut itu tetap ada. Tentu saja fungsinya bukan sebagai tempat menyimpan butiran emas.

Sunday, 15 January 2012

pakain tidur anti - tidur, . HAHA !





p/s: Kompem Selamat untuk gadis.. hihi

tanda - tanda kiamat di masjidil haram

"Belum akan datang kiamat sehingga manusia berlumba-lumba dengan bangunan-bangunan yang megah." (HR. Bukhari) Akhukum fillah, tentunya Masjidil Haram tidak asing buat kita. Di sanalah lembah tamadun Islam bersinar ke seluruh bumi Allah ini. Lembah terjaga yang Insya Allah akan selamat keselamatan hingga akhir zaman.

Di sana ada Baitullah yang menjadi kiblat umat Islam sejagat, ke arah lembah inilah setiap saat wajah wajah mukminin mukminat terarah, menghadapkan wajahnya kepada simbol rumah Allah, Baitullah. Namun ikhwahfillah, ada yang berbeza, di Masjidil Haram ketika Ini. Mungkin kebanyakan orang biasa biasa saja melihat banyak perubahan di sekitar Masjidil Haram. Mungkin juga mereka tersenyum terkagum kagum melihat bangunan-bangunan mewah yang berdiri Kokoh di samping Masjidil Haram saat ini


Gedung kelihatan belum sempurna, dipuncak sana terlihat sebuah jam besar yang baru setengah selesai


                            Abraj Al Bait - The Royal Clock Tower Makkah Abraj Al Bait -



                 The Royal clock Tower Makkah dan Salah satu Tower "Gerbang" Masjidil Haram


Tampak Depan Masjidil Haram dan Abraj Al Bait Persis Di sampingnnya) Menurut beberapa sumber, bangunan yang dibina di laman Masjidil Haram dikenali dengan sebutan ! "Makkah Royal Clock Hotel Tower" yang dirancang berketinggian lebih dari 601 meter


Ketinggiannya Hanya berselisih 200 meter dari GEDUNG TERTINGGI DUNIA saat ini, iaitu Al Burj Khalifa Dubai ! (lihat foto di bawah)


Burj Khalifa, merupakan bangunan tertinggi di dunia (828 meter) yang telah dirasmikan Januari 2010 lalu, bangunan ini memecahkan rekod bangunan tertinggi sebelumnya iaitu CN Tower dengan ketinggian 553 meter. !


Perhatikan bangunan yang dibina di Pinggir Al Haram ini lebarnya luar biasa. Bandingkan saja dengan bangunan lain, Albraj Albait atau The Royal Clock Tower Makkah ini mempunyai luas 1,500,000 (1 juta) meter persegi. boleh dibayangkan berapa banyak bangunan di sana yang digusur dan berapa lahan bukit sebelah Masjid Al Haram yang dibongkar? Melihat bumi Allah di rosak dengan mesin-mesin raksasa itu. Debu debu berterbangan di sekitar Masjid Haram. Masya Allah.


(Poster Rencana Perombakan Masjidil Haram) Cuba Perhatikan, di antara tower tower yang dirancang itu ada beberapa yang sudah jadi, di antaranya; InterContinental dan The Royal Clock Tower yang kita bahas di atas, Jika kita amati di atas ada dua tower Raksasa yang disambungkan Mirip Twin Tower Petronas di malaysia.itu adalah pintu masuk kompleks Masjid ini nanti.

Bisa antum lihat tidak ada tanda-tanda Bukit di sana kan? Padahal Jalan yang melalui dua tower itu sebelumnya membelah dua Bukit. Tanda Apakah Ini? Padahal itu Tanah Haram.Menakutkan.Adakah manusia mula berani merosakkan tanah Haram ini? Atau peminpin negeri negeri Islam ini juga ikut serta dalam maraknya perlumbaan pembangunan gedung-gedung pencakar langit dengan negara-negara kaya yang lain? Cuba perhatikan nota perlumbaan bangunan-bangunan pencakar langit di dunia yang hampir setiap tahun saling mengalahkan, di Grafik Ini:


Perhatikan Gedung Tertinggi di atas, itu adalah MILES TOWER Gedung yang akan dapat mengalahkan Al Burj Dubai. Arab Saudi dengan kekayaanya merancang membina bangunan ini di Jeddah. Lagi, Ini merupakan Calon Gedung terting di Di Dunia dengan nombor ketinggian Tertinggi 1600 Meter! (1.5 Kilometer Menjulang ke langit) Ini Tidak Mengejutkan? Setelah ana terus telusuri ternyata MILES TOWER ini pun sudah ada pesaingnya yang tak tanggung-tanggung membina bangunan dengan Ketinggian 3.200 Meter atau 3 Kilometer Menjulang Ke Angkasa)


The Ultima Tower! Bangunan yang membentuk bandar pencakar langit yang direka Architecture America-Eugene Tsui 1991 - ini disasarkan akan menelan kos $ 150,000,000,000 .- (150 million Dollar Amerika). Saya tersentak beberapa kali, ketika kemudian membaca kembali Hadith yang diriwayatkan Umar Radiyallahu Anhu yang menceritakan ketika Nabiyullah Muhammad salallahualaihi Wassalam, didatangi malaikat Jibril Alaihissalam di depan Umar dan Para sahabat.

   Saat itu Allah Tabarokawataala menguji Rasulillah saw. dengan beberapa soalan yang disampaikan malaikat Jibril yang menjelma sebagai manusia: Pada suatu hari kami (Umar Ra dan para sahabat Ra) duduk-duduk bersama Rasulullah saw. Lalu muncul di hadapan kami seorang yang berpakaian putih. Rambutnya hitam sekali dan tidak nampak tanda-tanda perjalanan.

        Tidak seorang pun daripada kami yang mengenalinya. Dia terus duduk menghadap Rasulullah saw. Kedua-dua kakinya menghempit kedua-dua kaki Rasulullah, dari kedua-dua telapak tangannya diletakkan di atas paha Rasulullah saw, seraya berkata, "Ya Muhammad, beritahu aku tentang Islam." Lalu Rasulullah saw menjawab, "Islam ialah bersyahadat bahawa tidak ada tuhan kecuali Allah dan Muhammad Rasulullah, mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan, dan mengerjakan haji apabila mampu." Kemudian dia bertanya lagi, "Kini beritahu aku tentang iman." Rasulullah saw menjawab, "Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari akhir dan beriman kepada Qodar baik dan buruknya. " Orang itu lantas berkata, "Benar. Kini beritahu aku tentang ihsan." Rasulullah berkata, "Beribadah kepada Allah seolah-olah anda melihat-Nya walaupun anda tidak melihat-Nya, kerana sesungguhnya Allah melihat anda. Dia bertanya lagi," Beritahu aku tentang Assa'ah (azab kiamat). "Rasulullah menjawab," Yang ditanya tidak lebih tahu daripada yang bertanya. " Kemudian dia bertanya lagi, "Beritahu aku tentang tanda-tandanya." Rasulullah menjawab,

      "Seorang budak wanita melahirkan nyonya besarnya. Orang-orang tanpa sandal, setengah telanjang, melarat dan penggembala unta masing-masing berlumba membina bangunan-bangunan bertingkat. "Kemudian orang itu pergi menghilang dari pandangan mata. Lalu Rasulullah saw bertanya kepada Umar," Wahai Umar, tahukah kamu siapa orang yang bertanya tadi? "Lalu aku (Umar) menjawab," Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. "Rasulullah saw lantas berkata," Itulah Jibril datang untuk mengajar agama kepada kamu. "(HR. Muslim)


"BERLOMBA LOMBA MEMBANGUN GEDUNG BERTINGKAT"
itulah salah satu tanda-tanda kiamat yang dikatakan Rasulillah Muhammad Salallahu alaihi wassalam dalam Hadis tersebut
(Gambar diambil dari Royal Clock Tower) Masya Allah, hingga, ana benar-benar merasa sedih ketika, mendaki Jabal Nur keesokan harinya.Gedung ini memang tidak main-main, begitu besar dan megah! Hingga kemegahannya seakan ingin Mengubur Masjidil Haram.


Lihat lebih dekat lagi (gambar di Bawah), Masjidil Haram hanya terlihat tower-tower kecil di bawah Gedung Royal Clock Tower itu.


Sekarang mari kita pulang lagi ke Masjidil Haram, kita lht bangunan ini dari Masjidil Haram.


Ane turun gambar ini dari Lantai 2 Masjidil Haram. Lihat bangunan raksasa hijau sebelah kiri. inilah yang akan terlihat beberapa bulan ke depan selepas bangunan ini selesa ..!!


Jam raksasa yang saat tulisan ini dibuat (September 2010) itu sudah selesai dibina (berukuran lebih kurang 40 meter) dipaparkan ke seluruh dunia oleh chanel TV MBC setiap kali azan tiba secara live dari Masjidil Haram. Satu lagi Akhifillah, tentunya ana sangat tidak berhak untuk mengutuk Raja Arab Saudi yang membenarkan pembangunan pangsapuri dan hotel mewah betul-betul di laman Masjidil Haram itu, mungkin Beliau tengah merancang sesuatu. Misalnya saja untuk mengantisifasi jemaah Haji yang jumlahnya Jutaan yang mengalir ke Masjidil Haram untuk Hajj.Tapi mari kita berfikir,


InterContinental Dar Et Tawhid, Depan Masjidil Haram Persis di halaman depan GERBANG UTAMA (Pintu Masuk No. 72) Masjidil haram berdiri sebuah Hotel Mewah bernama "InterContinental Dar et Tawhid Makkah "sebuah hotel 5 bintang yang berlogo IHG (InterContinental Hotel Group), sebuah Rantai Hotel milik Amerika.

Sangat Menghairankan? Tidak kah mereka mendengar firman Allah dalam Al-Quran bahawa Tanah haram ini adalah untuk semua manusia di bumi, bukan untuk perniagaan ? "Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan menghalang manusia di jalan Allah dan Masjidil Haram yang telah Kami jadikan untuk semua manusia, baik yang tinggal di situ atau di padang pasir dan siapa yang bermaksud di dalamnya melakukan kejahatan secara zalim, nescaya akan Kami rasakan kepadanya sebahagian dari azab yang pedih. "(Al-Hajj [22]: 25)

awan-awan pelik : kekuasaan illahi


Sungguh kagum dan menakjubkan, sesungguhnya begitu hebat setiap ciptaan Illahi. Gumpalan awan yang berarak dalam pelbagai bentuk yang aneh dan jarang dilihat.








damai dalam pelukan ibu :)

Ibu seorang pelajar datang berjumpa suatu petang. Katanya anak perempuannya tidak pulang ke rumah. Setelah disemak kedatangannya dengan guru kelas didapati dia juga tidak datang ke sekolah. 

Ibu itu menangis di hadapan saya. Dia seorang ibu tunggal. Suaminya entah sudah hilang ke mana. Oleh kerana kesempitan dia terpaksa membuat pelbagai jenis kerja untuk menyara hidup dan menanggung dua orang anaknya yang sedang bersekolah.
Anak sulungnya seorang perempuan yang sedang belajar di Tingkatan Dua. Anak keduanya seorang lelaki yang sedang belajar di sekolah rendah. Anak perempuannya yang tidak pulang ke rumah.
Saya kenal akan pelajar ini kerana pernah dirujuk kepada saya atas masalah ponteng. Dia pernah didenda, dan diberikan nasihat. Pelajar ini agak cantik tetapi tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelas.
Ibunya memberikan beberapa nama pelajar lain yang sering kali bersamanya. Dia meminta saya mencari anaknya. Dia sangat bimbang akan keselamatan anaknya kerana sudah semalaman tidak pulang ke rumah.
Setelah berbincang dengan pembantu saya, kami keluar mencari pelajar yang hilang. Kami mencari di bandar, di tempat-tempat hiburan dan di taman-taman. Akhirnya berjaya juga kami menemui pelajar tersebut bersama seorang pelajar lain sedang bermain buaian.
Mereka tidak lari melihat kedatangan kami dengan bas sekolah. Mereka juga tidak kelihatan takut. Mereka penat dan seolah-olah hilang arah tuju. Kami membawa mereka kembali ke sekolah.
Secara berasingan kami betemu dengan kedua-dua orang pelajar sekembali ke sekolah. Oleh kerana permintaan ibunya, saya memilih untuk menyoal pelajar Tingkatan Dua tadi. Kami berbual agak panjang. Saya tidak marah kepadanya kerana tidak pergi ke sekolah tetapi cuba mendapatkan cerita sebenar di sebalik tindakannya itu.
Dia tidak banyak bercakap pada mulanya. Tetapi apabila soalan yang sama tetapi ditanya dengan pelbagai cara akhirnya dia terperangkap dan rahsia terbongkar sedikit demi sedikit. Dia keluar bersama teman lelakinya. Mereka berdua-duaan dalam kerete di tepi pantai. Sebelum subuh mereka kembali ke rumah teman lelakinya. Ibu bapa lelaki itu sudah tidur. Mereka tidur bersama.
Itulah pengakuannya setelah hampir sejam kami bercakap. Dia tahu dia telah melakukan kesalahan dan tidak berani pulang ke rumah kerana tidak mahu menghampakan ibunya. Dia sayang dengan ibunya dan mengharapkan kasih sayang tetapi ibunya terlalu sibuk mencari nafkah.
Dia faham akan tanggungjawab dan pengorbanan ibunya terhadap dirinya dan juga adik lelakinya. Dia juga sedar betapa tinggi harapan ibu kepadanya. Dia anak sulung. Dialah yang diharapkan akan dapat belajar bersungguh-sungguh dan menjadi orang yang berjaya.
Namun apakan daya, sebagai seorang gadis meningkat remaja dia juga mengharapkan kasih sayang daripada ibu bapanya. Bapanya sudah menghilangkan diri entah ke mana sejak dia masih kecil. Ibunya sekadar dapat memberikan keperluan material kepadanya.
Bentuk kasih sayang yang dapat diberikan oleh ibunya adalah sekadar keperluan asas. Pengorbanan ibu untuk anak-anaknya sebenarnya lahir daripada kasih sayang yang amat mendalam. Tetapi anak kecil yang membuat perbandingan dengan orang lain, dengan kawan lain, dengan keluarga lain yang lebih bahagia, merasa kecil hati dengan apa yang apa pada dirinya.
Meminta seorang gadis muda berumur 14 tahun untuk menerima realiti hidup pada usia yang terlalu muda amat kejam. Dia tidak dapat menerimanya. Lalu dia mencari kasih sayang daripada kawan-kawannya, dan berakhir dengan teman lelakinya.
Apabila sudah terlanjur dengan perbuatan diri sendiri ditambah dengan kesempatan yang diambil oleh teman lelakinya, penyesalan sudah terlambat. Apa lagi yang boleh dilakukannya?
Saya sedar dan turut bersedih akan perasaan dan apa yang menimpa dirinya. Saya bertambah sedih memikirkan perasaan ibunya apabila diberitahu keadaan yang sebenar. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana reaksinya nanti.
Tetapi apa lagi pilihan yang lebih baik yang ada untuk kami jika tidak memberitahu perkara ini kepada keluarganya? Nasi sudah jadi bubur. Setelah berbincang dengan pembantu saya dan setelah mendapatkan nasihat daripada pengetua kami, kami mengambil keputusan untuk menelefon ibunya.
Pada ketika itu sudah hampir jam tujuh malam. Semua guru dan pelajar sudah pulang meninggalkan sekolah semenjak jam 6 petang lagi. Hanya kami berempat sahaja yang masih tinggal di sekolah.
Sebentar kemudian ibunya datang dengan seorang lagi ahli keluarga lain yang tidak kami kenali. Dengan hati yang berat kami memaklumkan apa yang kami dapati daripada siasatan kami. Ibunya terkejut besar mendengar apa yang kami katakan.
Kedua beranak itu terus memeluk satu sama lain dan mula menangis. Tugas kami terpaksa dihentikan setakat itu sahaja. Kami tidak boleh mencampuri urusan rumah tangga mereka. Mereka terpaksa mencari penyelesaian yang terbaik.
Beberapa hari kemudiannya kami dimaklumkan pelajar tersebut telah meminta untuk berhenti sekolah. Teman lelakinya sanggup mengahwininya setelah sedar bahawa jika dia tidak mahu bertanggungjawab dia akan dihukum merogol gadis bawah umur.
Apa yang boleh kami lakukan sekadar mendoakan semoga mereka bahagia. Tetapi doa kami tidak kesampaian. Belum sampai setahun mereka berkahwin mereka telah bercerai. Pelajar perempuan berumur 14 tahun tadi menjadi janda dalam sekelip mata. Teman lelaki atau bekas suaminya terlepas daripada sebarang pendakwaan undang-undang.
Bayangkan masa depan seorang gadis dihancurkan begitu sahaja apabila tersilap langkah. Bayangkan betapa hancurnya hati ibunya yang banyak berkorban untuk anaknya. Menanggung malu barangkali perkara yang kedua tetapi apabila masa depan seorang anak dimusnahkan begitu sahaja bukanlah senang untuk diterima oleh seorang ibu tunggal.
Apa yang terjadi sudah terjadi. Tiada gunanya kita persalahkan sesiapa kerana yang hilang tetap sudah hilang. Tetapi siapakah pula yang akan menjadikan kejadiaan ini sebagai teladan kepada ramai lagi anak-anak muda yang sedang menjejak kasih yang tidak mungkin? Siapakah yang akan memastikan bahawa perkara yang sama tidak berlaku lagi pada anak-anak yang lain?
Biarpun peristiwa ini sudah lama berlalu tetapi apa yang berlaku masih jelas dalam ingatan saya. Ia menyentuh hati saya dengan begitu mendalam sekali. Saya cuma sedar apabila sesuatu yang buruk berlaku biar apapun yang kita lakukan kita tidak dapat mengubahnya.
Biarpun kita sering memberikan nasihat dan memberikan peringatan, sebelum seorang benar-benar terjerat dan terperangkap dalam rasa ingin tahunya sendiri, dia tidak akan dapat memahami betapa nasihat seorang guru atau ibu bapa begitu penting.
Anak-anak muda yang sedang meningkat remaja biasanya terlalu mudah untuk dipengaruhi. Tanpa hubungan yang rapat di antara anak dengan ibu bapa pada waktu ini, satu kesilapan kecil sahaja mungkin membawa padah yang terasa sehingga seumur hidup.
Berapa hari yang lepas apabila saya mengunjungi sebuah syarikat kerana urusan pekerjaan. Salah seorang kakitangan di sana mengecam saya. Katanya dia pernah berjumpa dengan saya beberapa tahun yang lepas. Saya memerhatikan wanita tersebut beberapa ketika tetapi saya tidak dapat mengingati sama ada saya pernah berjumpa dengannya atau tidak.
Dia kemudian memberitahu saya bahawa dia pernah berjumpa dengan saya semasa saya menyampaikan satu ceramah motivasi kepada ibu bapa dan pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM dan PMR. "Cikgu Leelah yang best," katanya. Merah muka saya dipujinya.

Dalam sesi motivasi tersebut saya menekankan pentingnya ibu bapa menjalinkan hubungan yang mesra biarpun anak-anak mereka meningkat remaja. Adalah menjadi kebiasaan anak-anak remaja lebih suka berkongsi masalah dengan rakan sebaya mreka.
Bagi saya ibu bapa harus mengambil tahu apa yang anak-anak mereka lakukan di sekolah dan juga di luar rumah. Jika ibu bapa kurang mengambil tahu dengan alasan sibuk maka hubungan mereka dengan anak akan menjadi renggang.
Anak-anak akan beranggapan ibu bapa mereka semakin hari semakin tidak memahami perasaan mereka. Ini secara tidak langsung memaksa anak-anak kita mencari sahabat lain dan mendapatkan kasih sayang yang mereka perlukan daripada orang lain.
Saya juga mencadangkan bahawa salah satu cara untuk merapatkan hubungan di antara anak dengan ibu bapa ialah dengan cara sentuhan secara fizikal dan yang paling baiknya dengan pelukan. Malah saya membuat demonstrasi dengan meminta semua yang hadir bangun dan cuba memeluk diri mereka sendiri.
Saya bertanya kepada mereka apakah perasaan apabila dipeluk. Mereka jawab seronok. Ada yang menjawab merasa diri mereka diperlukan. Kemudian saya meminta mereka berpelukan antara ibu atau bapa dengan anak-anak mereka.
Permintaan saya ini tidak disambut dengan segera. Ramai yang merasa begitu janggal walaupun sekadar memeluk anak mereka sendiri. Setelah permintaan saya diulangi dan diyakinkan bahawa berpelukan begitu sebenarnya satu tanda kasih sayang.
Maka satu demi satu mereka mula mendekati satu sama lain dan mula berpelukan. Percayalah saya tidak pernah melihat keadaan yang begitu terharu sekali. Begitu ramai anak dan ibu bapa yang menangis apabila mereka berpelukan. Pelukan yang begitu lama diharapkan tetapi tidak pernah dizahirkan. Hari ini saya telah berjaya membawakan pelukan yang mereka tunggu-tunggu. Saya sendiri turut menitiskan air mata menyaksikan suasana yang sungguh mengkagumkan.
Saya dapat bayangkan telah sekian lama hubungan yang renggang di antara ibu bapa dengan anak-anak mereka telah menjejaskan komunikasi yang sebenar di antara mereka. Biarpun dengan satu pelukan ini, saya percaya saya telah berjaya merapatkan hubungan mereka. Pastinya hubungan yang baik akan dapat memberikan lebih banyak sokongan dan keyakinan kepada anak-anak mereka untuk menghadapi peperiksaan.
Bagi saya matlamat sesi motivasi saya telah berjaya. Apabila bertemu semula dengan ibu bapa yang pernah mendengar ceramah saya dan diberitahu bahawa anaknya telah berjaya mendapat keputusan yang lebih baik daripada dijangkanya, saya bertumpang gembira.
Saya hanya mengharapkan lebih ramai ibu dan bapa memeluk anak-anak mereka dan begitulah sebaliknya. Biar apa juga keadaan keluarga kita, tidak usah menyalahkan orang lain tentang apa yang berlaku. Kita sendiri dapat memberikan kasih sayang, biar dalam bentuk yang berbeza. Kita sendiri bertanggungjawab untuk mencari kebahagiaan untuk keluarga kita.